LADAP Plus

Selangkah Menuju Bilik Darjah Berkesan

Imbas kod QR untuk memuat turun aplikasi

Download LADAP Plus App

Guru

Jam Pembelajaran

/5

Purata Penilaian Kursus

Untuk pemimpin dan guru sekolah

LADAP Plus

Aplikasi LADAP Plus dibina untuk membudayakan pembangunan profesionalisme berterusan yang berkesan untuk guru-guru di Malaysia. LADAP Plus merupakan aplikasi mudah alih yang pertama seumpamanya di Malaysia khusus untuk pembangunan profesionalisme guru.

Belajar pada bila-bila masa dengan kandungan yang ringkas dan singkat.
Kursus

Belajar pada bila-bila masa dengan kandungan yang ringkas dan singkat.

Aplikasi ini menawarkan kandungan pembelajaran yang ringkas dan singkat dalam bentuk video pendek, teks dan imej. Anda boleh mempelajari strategi bilik darjah baharu dalam tempoh beberapa minit sahaja.

Terokai kursus kami
Bina jaringan dengan guru dari seluruh Malaysia
Forum

Bina jaringan dengan guru dari seluruh Malaysia

Sertai forum bersama-sama guru dari seluruh Malaysia untuk berkolaborasi dan berkongsi idea antara satu sama lain. Ruang yang tepat untuk mengembangkan dan menambahbaik strategi pengajaran anda!

Dapatkan ganjaran menarik seperti e-sijil, mata pengalaman, lencana dan banyak lagi!
Ganjaran

Dapatkan ganjaran menarik seperti e-sijil, mata pengalaman, lencana dan banyak lagi!

Sistem ganjaran direka bentuk untuk mengiktiraf dan memberi insentif kepada dedikasi anda terhadap pembangunan profesionalisme diri. Dengan melengkapkan kursus, tugasan dan berinteraksi dengan rakan guru dalam aplikasi ini, anda akan memperoleh pelbagai jenis sijil, mata ganjaran dan lencana.

Muat turun kursus untuk belajar pada bila-bila masa di mana-mana sahaja
Muat turun luar talian

Muat turun kursus untuk belajar pada bila-bila masa di mana-mana sahaja

Muat turun kandungan pembelajaran ke dalam telefon bimbit anda. Anda boleh terus belajar dan mengembangkan kemahiran anda, walaupun tidak mempunyai sambungan kepada internet.

Mulakan pembangunan profesionalisme anda sekarang!

Mulakan pembangunan profesionalisme anda sekarang!

Imbas kod QR untuk memuat turun aplikasi

Download LADAP Plus App

Testimoni

Testimoni daripada pengguna LADAP Plus

  • Teacher Thumbnail

    Cikgu Peter Chin Sin Kiong

    Pendidik di SMK Desa Kencana

    Aplikasi LADAP Plus mudah digunakan dan ringan untuk telefon bimbit saya. Ia sangat membantu guru-guru untuk menimba ilmu tidak kira di mana juga berada dan menggunakan apa juga peranti. Saya juga suka video mempunyai sarikata kerana ia membantu saya memahami terma dengan lebih baik.

    Kursus Selesai: Teknik Whole Brain Teaching

  • Teacher Thumbnail

    Cikgu Aisah Binti Seydalavi

    Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di Kolej Tingkatan Enam Sultan Abdul Aziz

    Melalui aplikasi LADAP Plus, saya dapat mempertingkatkan pengetahuan saya untuk PdPc lebih cemerlang. Kandungan yang disampaikan boleh disesuaikan untuk pelajar-pelajar remaja. Aplikasi ini menarik, tidak membosankan dan mesra pengguna!

    Kursus Selesai: Teknik Whole Brain Teaching

  • Teacher Thumbnail

    Cikgu Nur Fatin Binti Zainuddin

    Ketua Panitia Kimia di Pusat Anak Genius Negara (PAGN) Langkawi

    Susun atur kemas dan luas mata memandang kerana pemilihan warna yang menyenangkan pandangan. Susun atur nampak segar dan tidak serabut. Content yang brief tetapi padat. Paling penting, aplikasi ini mesra iOS dan tidak lagging!

    Kursus Selesai: Teknik Whole Brain Teaching

Blue worm vector

Kenali individu peneraju LADAP Plus

Ketua Pegawai Eksekutif PEMIMPIN GSL dan Pengasas Bersama LADAP Plus

Cheryl Ann Fernando

Ketua Pegawai Eksekutif PEMIMPIN GSL dan Pengasas Bersama LADAP Plus

Kami sangat berbangga dan teruja untuk melancarkan LADAP Plus, aplikasi mudah alih untuk pembangunan profesionalisme guru di mana kami menyediakan pengalaman pembelajaran yang lancar dan fleksibel untuk belajar di mana sahaja. Kami berharap melalui kandungan berkualiti tinggi, modul dan amalan terbaik yang tersedia dalam aplikasi ini, guru boleh memastikan setiap sesi pengajaran di dalam bilik darjah dapat membantu setiap kanak-kanak mencapai potensi penuh mereka. LADAP Plus berjanji untuk membawakan strategi dan idea kepimpinan yang interaktif, menyeronokkan dan menarik serta mencabar guru untuk membangunkan murid yang bersedia untuk masa depan.

Pengasas Bersama LADAP Plus

Samuel Isaiah

Pengasas Bersama LADAP Plus

Bilik darjah adalah satu-satunya tempat untuk murid bukan sahaja belajar, tetapi untuk berkembang sebagai individu. Oleh itu, setiap pelajaran dalam bilik darjah mestilah menarik dan kami berharap melalui LADAP Plus, kami akan dapat menyediakan guru dengan idea, strategi inovatif dan kandungan bilik darjah yang menarik untuk memastikan hasil murid yang kukuh dalam bilik darjah mereka. Kami yakin LADAP Plus akan menjadi tambahan hebat kepada ruang edtech di Malaysia dan ia akan merevolusikan pengajaran dan pembelajaran.

Ketua Pegawai Eksekutif
Yayasan Sime Darby

Dr Hjh. Yatela Zainal Abidin

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sime Darby

Pengurus LADAP Plus
PEMIMPIN GSL

Munirah Jamalludin

Pengurus LADAP Plus PEMIMPIN GSL

Ahli Program Kanan
PEMIMPIN GSL

Justin Lai

Ahli Program Kanan PEMIMPIN GSL

Start learning today with LADAP Plus
Kami percaya LADAP Plus akan mengembangkan strategi pengajaran anda.

Ada soalan? Kami di sini untuk membantu anda

Mulakan pembangunan profesionalisme anda dengan LADAP Plus hari ini!

Kembangkan strategi pengajaran anda dan perkasakan murid anda untuk berjaya.

Imbas kod QR untuk memuat turun aplikasi

Download LADAP Plus App
Dibawakan kepada anda oleh
Dibawakan kepada anda oleh
Dengan sokongan
Dengan sokongan
Ditaja oleh
Ditaja oleh